Jumaat, 24 Julai 2020 | 6:35pm

'Saya maafkan suami' - S Pavithra

IPOH: "Saya maafkan suami," kata Youtuber terkenal, S Pavithra secara ringkas sebagai jawapan selepas isu konflik antara dia dan suaminya M Sugu menjadi perhatian media serta bualan hangat sejak akhir-akhir ini.

Pavithra, 28, berkata, apa yang terjadi semuanya berkaitan masalah keluarga dan dirinya sudah maafkan suami atas apa yang berlaku.

Katanya, dia tidak mahu lagi memikirkan masalah yang berlaku, sebaliknya mahu memberi fokus kepada kehidupan mereka sekeluarga termasuk kembali meneruskan program masakan di YouTube.

PASANGAN Youtuber terkenal Sugupavithra bergambar bersama dan menunjukan tanda isyarat bagus selepas suaminya M.Sugu, 29, dilepaskan dengan jaminan dan tanpa dibebaskan di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan mencederakan isterinya S. Pavithra, 28. NSTP/Sharul Hafiz Zam

"Saya dan suami akan meneruskan kehidupan seperti biasa dan kami akan kembali bersama meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa sahaja," katanya selepas menjelaskan bayaran jaminan RM10,000 yang dikenakan ke atas suaminya di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.

Pavithra mengharapkan semua tiada salah faham dan dia sendiri tidak mengambil hati atas apa juga komen netizen.

Katanya, dia meminta orang ramai terus memberi sokongan terhadap program masakan di Channel Youtube mereka 'Sugu Pavithra'.

"Saya sendiri tidak ambil hati atas apa juga komen diberikan netizen di media sosial, terus memberi sokongan kepada kami," katanya.

Sebelum ini, BH melaporkan, suami kepada YouTuber masakan terkenal S Pavithra didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, atas dakwaan memiliki senjata berbahaya.

YOUTUBER sensasi Pavithra.- Foto/BERNAMA
YOUTUBER sensasi Pavithra.- Foto/BERNAMA
Berita Harian X