Ahad, 26 Julai 2020 | 5:03pm
Polis Selangor tiada mengeluarkan arahan untuk pelaksanaan sebarang sekatan jalan raya (SJR) di laluan keluar sempadan negeri ini seperti yang tular dalam media sosial. - Gambar hiasan/Osman Adnan
Polis Selangor tiada mengeluarkan arahan untuk pelaksanaan sebarang sekatan jalan raya (SJR) di laluan keluar sempadan negeri ini seperti yang tular dalam media sosial. - Gambar hiasan/Osman Adnan

Tiada arahan SJR di laluan keluar Selangor - Polis

KUALA LUMPUR: Polis Selangor tiada mengeluarkan arahan untuk pelaksanaan sebarang sekatan jalan raya (SJR) di laluan keluar sempadan negeri ini seperti yang tular dalam media sosial.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata pihaknya juga tiada menerima sebarang arahan untuk berbuat sedemikian, setakat ini.

"Setakat ini, tiada arahan untuk membuat apa-apa sekatan (SJR)," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau mengulas penularan mesej yang mendakwa pihak berkuasa akan membuka khemah SJR bersepadu di laluan keluar Selangor ke negeri bersempadan, iaitu Negeri Sembilan dan Perak, mulai malam ini.

Penularan mesej itu menimbulkan tanda tanya dan kegusaran dalam kalangan masyarakat, terutama mereka yang merancang pulang ke kampung untuk meraikan Aidiladha, Jumaat ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X