Isnin, 27 Julai 2020 | 3:43pm

Boleh rentas negeri, daerah sambut Aidiladha

KUALA LUMPUR: Perjalanan rentas negeri dan daerah dibenarkan sempena sambutan Aidiladha, Jumaat ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun katanya, orang ramai perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

"Sebenarnya tidak ada sekatan perjalanan, sebab itu saya kata masih boleh balik kampung, cuma patuhi SOP.

"Walaupun dibenarkan tapi kita kena jaga diri kita," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini, hari ini.

Tiada sekatan perjalanan antara negeri atau daerah untuk sambut Aidiladha. Foto NSTP - hiasan
Tiada sekatan perjalanan antara negeri atau daerah untuk sambut Aidiladha. Foto NSTP - hiasan
Berita Harian X