Selasa, 28 Julai 2020 | 7:39am

LANGSUNG: Keputusan kes SRC Najib Razak

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International.

Najib didakwa mendapatkan suapan RM42 juta apabila terbabit dalam keputusan bagi pihak kerajaan, dalam memberikan jaminan terhadap pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan kepada SRC International.

Dia turut didakwa menerima RM42 juta hasil aktiviti haram yang didepositkan ke dalam akaun peribadinya.

Sabit kesalahan, Najib boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.

-------------------------------------------------------------------

7.50 malam: Najib adakan sidang media

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - FOTO BERNAMA
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - FOTO BERNAMA

6.30 petang: Hakim umum Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta

6.27 petang: Mahkamah kembali bersidang

5.40 petang: Prosiding berehat 15 minit

5.38 petang: Najib kemuka rayuan bagi diringankan hukuman

5.30 petang: Datuk Seri Najib Razak mengemukakan rayuan bagi diringankan hukuman

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui di Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui di Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad

4.40 petang: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

3.59 petang: Mahkamah berhenti rehat selama lima minit

2.20 petang: Prosiding bermula

2.18 petang: Datuk Seri Najib Razak memasuki bilik mahkamah

1.10 tengah hari: Puluhan penyokong Datuk Seri Najib Razak berkumpul dan melaungkan 'Bubar Parlimen' serta 'Hidup Bossku' di hadapan pintu utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

1 tengah hari: Keadaan semasa di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur tenang walaupun selepas mahkamah memutuskan Datuk Seri Najib Razak bersalah terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng dana SRC International.

KEADAAN semasa di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur tenang walaupun selepas mahkamah memutuskan Datuk Seri Najib Razak bersalah terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng dana SRC International.
KEADAAN semasa di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur tenang walaupun selepas mahkamah memutuskan Datuk Seri Najib Razak bersalah terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng dana SRC International.

12.50 tengah hari: Datuk Seri Najib Razak dibawa ke bilik saksi bersebelah bilik mahkamah.

Beliau akan terus berada dii sana sehingga prosiding bersambung petang ini dan tidak dibenarkan keluar.

Makanan akan dibawa kepada beliau dan turut dibenarkan solat.

12.50 tengah hari: Mahkamah Tinggi bersambung pada jam 2 petang bagi mendengar hujahan lanjut sama ada rayuan bagi meringankan hukuman boleh ditangguhkan kepada tarikh lain selepas sabitan

12.36 tengah hari: Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk V Sithambaram membantah permohonan peguam bela Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan rayuan bagi meringankan hukuman kepada Isnin depan.

Beliau berkata, penangguhan hanya diberikan selepas hukuman diberikan dan bukannya penangguhan bagi sabitan.

Hujahan kedua-dua belah pihak masih berlangsung.

12.20 tengah hari: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon mahkamah untuk menangguhkan rayuan bagi meringankan hukuman.

12.12 tengahari: Mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan bagi tiga tuduhan pecah amanah.- Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

11.25 pagi: Bagi pembelaan Najib yang mendakwa tandatangan beliau dipalsukan, persoalan ialah siapa yang mempunyai keberanian berbuat demikian - Hakim.

11.20 pagi: Keterangan di mahkamah mengesahkan ahli perniagaan Jho Low terbabit mengeluarkan arahan mengenai urusan akaun bank Najib kepada pegawai bank - Hakim.

11.08: pagi: Kereta peronda polis tiba di pintu hadapan Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Polis membuat pengumuman menggunakan pembesar suara supaya individu di sekeliling premis terbabit mematuhi SOP, khususnya penjarakan sosial bagi mengekang COVID-19.

Ketibaan kereta peronda polis itu dipercayai susulan sikap kebanyakan individu yang hadir di luar kompleks mahkamah gagal mematuhi aspek penjarakan sosial, selain tidak memakai pelitup muka.

11.01 pagi: Selepas menimbangkan semua keterangan, saya dapati pembelaan tidak berjaya menangkis atau menimbulkan keraguan bagi tuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM terhadap tertuduh - Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

10.18 pagi: Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan mula membacakan penghakiman dalam bahasa Inggeris.

10.17 pagi: Mahkamah Tinggi Jenayah 3 mula bersidang.

10.01 pagi: Arahan mula diberikan supaya semua yang berada dalam di mahkamah untuk meletakkan telefon bimbit dalam mod senyap menandakan prosiding akan bermula pada bila-bila masa.

ANTARA penyokong Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hadir memberi sokongan pada keputusan Kes tujuh pertuduhan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. NSTP/Hazreen Mohamad

9.57 pagi: Najib memasuki mahkamah.

9.50 pagi: ANAK lelaki dan anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Norashman dan Riza Shahriz Abdu Aziz hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

ANAK lelaki dan anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Norashman dan Riza Shahriz Abdu Aziz hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
ANAK lelaki dan anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Norashman dan Riza Shahriz Abdu Aziz hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

9.40 pagi: Barisan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk V Sithambaram memasuki mahkamah.

9.33 pagi: Barisan peguam bela Datuk Seri Najib Razak memasuki bilik mahkamah.

9.30 pagi: Seramai 10 wartawan mula memasuki bilik mahkamah.

9.26 pagi: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hadir bagi mendengar keputusan Kes tujuh pertuduhan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

WAKIL media mengerumuni Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang hadir bagi mendengar keputusan Kes tujuh pertuduhan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

9.20 pagi:

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, hadir bersama penyokong berbaju biru di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini bagi mengikuti keputusan prosiding kes Datuk Seri Najib Razak.
TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, hadir bersama penyokong berbaju biru di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini bagi mengikuti keputusan prosiding kes Datuk Seri Najib Razak.

9.19 pagi:

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

9 pagi: Beberapa penyokong Datuk Seri Najib Razak hadir sebagai tanda sokongan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

PENYOKONG yang hadir bagi mengikuti keputusan keatas Datuk Seri Najib Razak berkaitan kes SRC international di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
PENYOKONG yang hadir bagi mengikuti keputusan keatas Datuk Seri Najib Razak berkaitan kes SRC international di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

8.45 pagi:

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

8.34 pagi: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki hadir bersama penyokong berbaju merah sebagai tanda sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak, di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini.

8.30 pagi:

PENYOKONG Najib mula membanjiri perkarangan Komplesk Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri.
PENYOKONG Najib mula membanjiri perkarangan Komplesk Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri.

8.12 pagi: Peguam dan Timbalan Pendakwa Raya mula dibenarkan masuk oleh petugas keselamatan.

Orang kenamaan atau VIP tidak dibenarkan masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk mengikuti keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kes berkaitan SRC International Sdn Bhd.

7.20 pagi: Deretan kenderaan di pintu masuk utama Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini mulai sesak, namun dikawal polis dan anggota trafik.

7 pagi: Petugas media tempat dan luar negara mula berkumpul untuk memasuki kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Hanya yang ada pas kebenaran dibenarkan masuk.

Petugas media turut berkumpul di kediaman Najib di Jalan Duta.

Penyokong bekas perdana menteri turut kelihatan mula berkumpul di luar kawasan mahkamah.

Penyokong Najib mula memenuhi perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto NSTP
Penyokong Najib mula memenuhi perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto NSTP

Berita Harian X