Selasa, 28 Julai 2020 | 12:02pm
BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada keputusan pendengaran kes penyelewengan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. NSTP/Aizuddin Saad

Najib tidak bertindak - Hakim

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sepatutnya mengetahui baki dalam akaunnya berdasarkan hujahan pembelaan bahawa ahli perniagaan Jho Low dan bekas Ketua Setiausaha Peribadinya, Allahyarham arwah Datuk Seri Azlin Alias, menguruskan akaun bekas Perdana Menteri itu.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam penghakiman berkata, apabila mengetahui wang itu bukan derma dari Arab Saudi, tertuduh sepatutnya mengambil tindakan memulangkan wang berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, Najib tidak mengambil apa-apa tindakan berhubung perkara itu.

Berita Harian X