Khamis, 30 Julai 2020 | 1:55pm

UMNO, BN kekal sokong kerajaan PN

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) walaupun tidak menyertai gabungan itu secara rasmi.

Pengerusi BN itu berkata, UMNO membuat keputusan tidak menyertai PN, sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS dan parti dalam komponen BN.

"Sokongan kepada kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan Ahli Parlimen UMNO dan BN serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam pembentukan kerajaan pusat dan di beberapa negeri.

"Ini (sidang media) bukan pengumuman untuk menarik diri daripada kerajaan PN. Keputusan saya di sini adalah untuk mengumumkan bahawa kita tidak akan menyertai pembentukan PN (secara rasmi)," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media hari ini
Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media hari ini
Berita Harian X