Sabtu, 1 Ogos 2020 | 10:40am
Datuk Ramlan Ibrahim. - Foto NSTP
Datuk Ramlan Ibrahim. - Foto NSTP

Ramlan Ibrahim letak jawatan Ahli SPR

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini mengumumkan peletakan jawatan Datuk Seri Ramlan Ibrahim sebagai ahli suruhanjaya itu, berkuat kuasa semalam.

Kenyataan ringkas Unit Komunikasi Korporat SPR itu menyatakan peletakan jawatan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"SPR mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Ramlan Ibrahim, atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sebagai ahli SPR," katanya.

Ramlan, 62, dilantik menjadi Ahli SPR pada Februari 2019 manakala tempoh perkhidmatannya adalah sehingga berusia 66 tahun.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar.

Berita Harian X