Selasa, 15 September 2020 | 8:19pm
Anggota polis dan tentera melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kampung Lanjut, Mukim Jabi, Jalan Pokok Sena berikutan penularan wabak COVID-19. Daerah Kota Setar dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran. - Foto NSTP/Amran Hamid

PKPD dilaksana di lokasi catat kes COVID-19 tinggi - PM

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan tidak teragak-agak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan mencatatkan kes COVID-19 yang tinggi.

Justeru, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya terus berwaspada, tidak leka selain menegaskan peraturan kuarantin dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) masih berkuat kuasa.

"Amalan disiplin dan pematuhan SOP sangat penting untuk memutuskan penularan COVID-19. Kita semua mesti memainkan peranan sebagai petugas barisan hadapan.

"Kerap cuci tangan dengan sabun atau guna 'hand sanitizer'. Jika di tempat awam, pakai pelitup muka dan jangan rasa janggal atau kekok untuk memakainya. Segera dapatkan rawatan jika ada gejala seperti demam atau batuk," katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung malam ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X