Rabu, 16 September 2020 | 3:17pm
Foto hiasan.
Foto hiasan.

COVID-19: Tiga gagal bayar bil kuarantin antara 68 ditahan

PUTRAJAYA: Tiga individu gagal melunaskan bil kuarantin adalah antara 68 yang ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan (PKPP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kesalahan lain membabitkan 21 kes ingkar perintah PKP Diperketatkan (PKPD) dan 18 kes gagal menyediakan peralatan seta merekodkan butiran diri.

"Selain itu, 18 kes tidak memakai pelitup muka, enam kes membabitkan penjarakan fizikal dan dua tangkapan ke atas pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Daripada jumlah keseluruhan 68 kes itu, katanya, seramai 66 individu dikenakan kompaun, manakala dua individu ditahan direman.

Sementara itu, beliau memaklumkan, Task Force Operasi Pematuhan PKPP yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan 59,899 pemeriksaan semalam.

Katanya, sebanyak 3,682 pasar raya, 4,949 restoran, 1,203 penjaja, 1,345 kilang ,372 bank dan 928 pejabat kerajaan diperiksa bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

Ismail Sabri berkata, pemeriksaan digerakkan 3,123 pasukan pematuhan dengan 12,873 anggota itu turut memeriksa 1,094 terminal pengangkutan darat, 215 terminal pengangkutan air dan 107 terminal udara.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X