Ahad, 30 Julai 2017 | 3:13pm

Semak keputusan kemasukan UA mulai 3 Ogos

[email protected]

KUALA LUMPUR: Status permohonan bagi program lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf dengannya bagi kemasukan ke universiti awam (UA) sesi akademik 2017/2018 boleh disemak mulai 3 Ogos ini.

Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan I dalam satu kenyataan, berkata semakan boleh dilakukan bermula jam 12 tengah hari di portal rasmi UPU, iaitu http://upu.mohe.my.

Selain itu, semakan juga boleh dibuat menerusi portal empat institusi berkaitan, http://jpt.uum.edu.my; http://jpt.ums.edu.my; https://jpt.utm.my dan https://jpt.unimas.my.

"Selain laman sesawang, semua calon boleh menghubungi 03-88706767 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

"Bagi mereka yang gagal mendapat tawaran boleh mengemukakan rayuan bermula jam 12 tengah hari, 3 Ogos sehingga jam 11.59 malam, 7 Ogos, " katanya.

Berita Harian X