Isnin, 25 September 2017 | 4:22pm
MENTERI Pendidikan, Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh pada sidang media pelancaran bangunan Blok E dan kempen #saysomethingnice di Universiti UCSI. - Foto Hafiz Sohaimi
MENTERI Pendidikan, Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh pada sidang media pelancaran bangunan Blok E dan kempen #saysomethingnice di Universiti UCSI. - Foto Hafiz Sohaimi
 MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh (tiga dari kanan) menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diwakili Naib Canselornya, Datuk Dr Mortaza Mohamed dengan OSR Brands yang diwakili Pengarah Urusan Kumpulan QSR Brands, Datuk Mohamed Azahari Kamil (kanan) di Majlis MoU yang diadakan di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu. MoU itu bertujuan memberi peluang untuk pelajar UMK menjalani latihan industri di rangkaian restoran yang dimiliki QSR Brands. - Foto Syamsi Suhaimi

Naib canselor boleh ambil tindakan

KOTA BHARU: Universiti awam (UA) diberi kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pelajar yang menyalahi undang-undang termasuk menyertai pesta arak yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata tindakan itu bergantung kepada universiti masing-masing sekiranya mendapati pelajar terbabit melanggar arahan universiti.

Beliau berkata, pentadbiran UA tidak perlu merujuk kepada Kementerian Pendidikan Tinggi untuk bertindak kerana Naib Canselor mempunyai kuasa penuh untuk mengambil sebarang langkah ke atas mahasiswa.

"Bagaimanapun, saya meminta supaya pelajar universiti tidak menyertai pesta arak itu sekiranya acara itu berlangsung," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan QSR Brands (M) Holdings Bhd, di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, pesta arak mungkin diadakan di negeri lain selepas program berkenaan tidak dibenarkan di Kuala Lumpur.

Better Beer Festival 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 6 Oktober ini di ibu negara, terpaksa dibatalkan selepas mendapat tentangan pelbagai pihak selain gagal mendapat permit daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Berita Harian X