X
Isnin, 25 September 2017 | 5:52pm
PEMANGKU Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra menerima watikah perlantikan sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang disampaikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh di Majlis Istiadat Pemasyhuran Canselor UMK di Dewan UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu. - Foto Syamsi Suhaimi

PEMANGKU Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra mencemar duli bertitah selepas perlantikan baginda sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Majlis Istiadat Pemasyhuran Canselor UMK di Dewan UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.- Foto Syamsi Suhaimi

UMK sumbang kepada pembangunan Kelantan

KOTA BHARU: Kewujudan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memberi sumbangan besar kepada dunia pendidikan negara dan pembangunan sosio ekonomi Kelantan.

Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, bertitah dalam tempoh usianya menjangkau 10 tahun, UMK berjaya menjamin peningkatan keupayaan dalam hal ehwal akademik, pembangunan graduan yang seimbang dan menyeluruh bercirikan keusahawanan.

"Justeru, beta berharap pada dekad kedua ini, tumpuan kepada usaha untuk menjamin kualiti dan kecemerlangan dalam semua aspek yang menentukan kekuatan serta penjenamaan UMK dapat diperkasakan.

"Kita kini berada dalam era revolusi industri keempat dengan perkembangan teknologi yang pesat. Dalam hal ini, beta berharap UMK tidak ketinggalan dalam melakukan lonjakan dan bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan global semasa.

"Sebagai sebuah universiti keusahawanan, UMK perlu melipatgandakan usaha untuk menjadikan keusahawanan sebagai kekuatan utama universiti ini," titahnya.

Baginda bertitah bersempena Istiadat Pemasyhuran Canselor UMK, di sini, hari ini. Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed.

Terdahulu, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dimasyhurkan sebagai Canselor UMK yang baharu bagi menggantikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Pelantikan baginda selama lima tahun sehingga 2022, diperkenan oleh Sultan Muhammad V pada 12 Februari lalu memandangkan Yang di-Pertuan Agong turut menjadi Canselor kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Pada masa sama, baginda turut menitahkan UMK supaya mempertingkat ekosistem keusahawanan meliputi aspek akademik, penyelidikan dan inovasi serta pembangunan pelajar.

Titahnya, menerusi pendekatan itu, UMK akan memperlihat kecemerlangan dari sudut sumber manusianya, penyelidikan, jalinan dan kerjasama industri seterusnya kekal relevan kepada masyarakat dan negara.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X