Ahad, 8 Oktober 2017 | 5:35pm
PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ladang Kerilla melekatkan nombor giliran pelajar pada meja sebagai persiapan terakhir bagi menghadapi ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bermula esok hingga Khamis ini. - Foto Syamsi Suhaimi
PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ladang Kerilla melekatkan nombor giliran pelajar pada meja sebagai persiapan terakhir bagi menghadapi ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bermula esok hingga Khamis ini. - Foto Syamsi Suhaimi

Lebih 420,000 calon duduki PT3 bermula esok

KUALA LUMPUR: Seramai 425,251 calon akan menduduki ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bermula esok hingga Khamis ini.

Menurut Kementerian Pendidikan, 394,458 calon daripada jumlah itu terdiri daripada pelajar sekolah menengah kebangsaan manakala 10,949 calon dari sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian.

Calon daripada sekolah agama negeri seramai 9,034, sekolah di bawah agensi kerajaan (6,570), sekolah agama rakyat (2,540), sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan kementerian (1,091), calon persendirian (544) dan 65 calon dari sekolah integriti, asrama akhlak dan sekolah tunas bakti.

Menurut laman web Lembaga Peperiksaan, ujian berkenaan akan merangkumi 12 kertas termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam.

Kertas lain ialah Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Iban dan Bahasa Punjabi.

PT3 esok akan dimulakan dengan kertas Bahasa Melayu, diikuti Matematik manakala Bahasa Inggeris dan Sains pada Selasa.

Kemahiran Hidup Bersepadu dan Pendidikan Islam akan diadakan pada Rabu manakala kertas lain pada Khamis.

INFO 

- PT3 dimulakan pada 2014 menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR)

- Merangkumi 12 kertas

- Calon akan menduduki PT3 bermula 9 hingga 12 Oktober

Berita Harian X