X
Ahad, 8 Oktober 2017 | 7:43pm
MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed bergambar bersama orang ramai pada majlis perasmian Pesta Konvokesyen dan Kerjaya (PESKOJAYA) 2017 sempena Majlis Konvokesyen UMK di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, hari ini. - Foto Faris Zainuldin
MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed bergambar bersama orang ramai pada majlis perasmian Pesta Konvokesyen dan Kerjaya (PESKOJAYA) 2017 sempena Majlis Konvokesyen UMK di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, hari ini. - Foto Faris Zainuldin

Konvokesyen UMK di kampus sendiri

KOTA BHARU: Seramai 2,461 graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bakal menerima ijazah doktor falsafah (PhD), sarjana dan sarjana muda pada Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke-7 universiti itu esok.

Majlis itu yang diadakan selama empat hari sehingga Khamis ini, buat pertama kalinya diadakan di kampus UMK sendiri di Pengkalan Chepa.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata lebih membanggakan jumlah graduan tahun ini adalah yang tertinggi sejak penubuhan UMK, 11 tahun lalu.

Katanya, ia menunjukkan kemampuan UMK sebagai institusi pengajian tinggi yang semakin menjadi pilihan masyarakat.

"Apatah lagi konsep universiti keusahawanan yang dibawa UMK bukan saja memberi peluang pendidikan tetapi juga kemahiran serta kerjaya yang berterusan kepada pelajar," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Pesta Konvokesyen dan Kerjaya (PESKOJAYA) 2017 sempena Majlis Konvokesyen UMK di Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UMK, Datuk Dr Mortaza Mohamed.

Sementara itu, seramai 50,000 pengunjung dijangka memeriahkan PESKOJAYA yang disertai lebih 100 gerai jualan dibuka pelajar dan pempamer.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X