Sabtu, 28 Oktober 2017 | 6:52pm
PENGARANG Unit Pendidikan BH, Fadzlena Jaafar menyampaikan ucapan pada Majlis Penghargaan BH Sepetang Bersama-sama Guru 2017 di Hotel Bayview Melaka, Jalan Tun Sri Lanang. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
GURU yang hadir bergambar kenangan pada Majlis Penghargaan BH Sepetang Bersama-sama Guru 2017 di Hotel Bayview Melaka, Jalan Tun Sri Lanang. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
GURU yang hadir melawat ke ruang promosi yang turut ditawarkan pada Majlis Penghargaan BH Sepetang Bersama-sama Guru 2017 di Hotel Bayview Melaka, Jalan Tun Sri Lanang. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
GURU wanita yang hadir berpeluang mengenakan solekan muka di ruang yang disediakan pada Majlis Penghargaan BH Sepetang Bersama-sama Guru 2017 di Hotel Bayview Melaka, Jalan Tun Sri Lanang. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
ANTARA guru yang hadir menjamu selera pada Majlis Penghargaan BH Sepetang Bersama-sama Guru 2017 di Hotel Bayview Melaka, Jalan Tun Sri Lanang. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
MODERATOR, Mohd Faizullah Buyong (kiri) bersama dua ahli panel, Ismail Mokhtar (tengah) dan M Khalimi Dahlan (kanan) ketika menyampaikan forum pada Majlis Penghargaan BH Sepetang Bersama-sama Guru 2017 di Hotel Bayview Melaka, Jalan Tun Sri Lanang. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

BH hargai guru Melaka

MELAKA: Seramai 350 guru dari 170 buah sekolah rendah dan menengah di negeri ini diraikan dalam satu majlis penghargaan Sepetang Bersama BH yang diadakan di sebuah hotel di Jalan Tun Sri Lanang, di sini, petang ini.

Program yang turut mengetengahkan penggunaan akhbar digital itu bertujuan menghargai sekolah yang melanggan akhbar BH menerusi sisipan pendidikan Skor, Minda dan Didik mengikut hari tertentu ia dikeluarkan.

Ketua Unit Bahasa, Jabatan Pendidikan negeri, Mat Hassan Abdullah, berkata sebanyak 130 sekolah rendah dan menengah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) melanggan BH sebagai bahan bantuan mengajar (BBM) dalam kelas mengikut subjek tertentu.

"Di Melaka terdapat 78 sekolah menengah serta 233 sekolah rendah dan saya menyarankan mana-mana sekolah yang belum melanggan supaya melakukannya kerana ia adalah salah satu BBM yang terbukti berkesan untuk semua tahap pelajar," katanya.

Katanya lagi, kandungan sisipan pendidikan yang disediakan bukan sahaja relevan dalam penggunaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) malahan ia juga mengikut peredaran zaman teknologi yang mana pada satu masa dahulu sesi PdP menggunakan konsep 'Chalk and Talk'.

"Dengan adanya sisipan pendidikan BH ini, ia boleh menarik minat pelajar untuk mengulang kaji satu-satu subjek dan memudahkan pemahaman mereka (pelajar). Ia juga tidak mengganggu silibus pendidikan sedia ada.

"Selain itu, guru penulis bagi setiap subjek sisipan pendidikan BH ini dalam kalangan mereka yang berpengalaman dan ada juga antaranya panel dan pemeriksa kertas peperiksaan yang menepati kehendak Lembaga Peperiksaan," katanya.

Pada program santai selama tiga jam itu, guru turut diberi peluang menyuarakan pandangan dan pendapat kepada pengurusan Unit Pendidikan BH dan mendapat jawapan secara terus menerusi forum yang diadakan.

Turut hadir Pengarang Unit Pendidikan BH, Fadzlena Jaafar.

Melaka adalah negeri kedua dikunjungi bagi program Sepetang Bersama BH selepas Kedah, sementara program sama akan diteruskan ke Terengganu, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Berita Harian X