Rabu, 29 November 2017 | 6:13pm

Permohonan UA dibuka Februari

KUALA LUMPUR: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf membuat permohonan secara dalam talian untuk kemasukan sesi 2018 ke universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan institut latihan kemahiran awam (ILKA) bermula 5 Februari 2018.

Laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pendidikan Tinggi memaklumkan hari ini, permohonan boleh dibuat melalui laman web iaitu https://upu.mohe.gov.my bermula jam 12 tengah hari dan akan ditutup pada 10 April 2018.

Pembelian nombor unik ID secara individu boleh dibuat melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM15.64.

Permohonan terbuka untuk kemasukan program asasi, diploma dan sijil di UA, politeknik, kolej komuniti dan ILKA bagi lepasan SPM 2017, 2016 dan 2015, manakala ijazah sarjana muda di UA bagi lepasan STPM atau setaraf.

Berita Harian X