Khamis, 14 Disember 2017 | 12:00am
TIMBALAN Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Mohd Hassan Mohd Osman (tengah) bersama dengan sebahagian penuntut yang menerima Anugerah Perhargaan Majlis Perwakilan Pelajar pada Majlis Anugerah Siswa Universiti Malaysia Kelantan (MAS-UMK) 2017 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu. Foto Nik Abdullah Nik Omar

150 penuntut UMK dihargai dalam Majlis Anugerah Siswa

KOTA BHARU: Seramai 150 penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) diraikan dalam Majlis Anugerah Siswa Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, di sini, malam ini.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMK, Prof Dr Mohd Hassan Mohd Osman berkata, penilaian penuntut dari Kampus Kota, Pengkalan Chepa; Bachok dan Jeli itu bukan sahaja diukur pada akademik sahaja, malah ia turut merangkumi pelbagai aspek kemahiran insaniah di luar bilik kuliah.

Katanya, sebanyak 15 anugerah diwujudkan, antaranya Anugerah Utama Tokoh Siswa UMK, Pemimpin Program Sains, Teknologi dan Inovasi dan Pemimpin Fakulti.

"Walaupun UMK dianggap universiti baharu, namun kami sudah membuatkan penuntut daripada segenap aspek sehingga berjaya melakar nama ke peringkat antarabangsa.

"Malah pada awal tahun ini, penuntut kami berjaya menempa nama dalam pertandingan pidato di Sri Lanka dengan merangkul tempat kedua pada dalam pertandingan itu.

"Anugerah yang disampaikan pada malam ini adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar yang bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum sekali gus mengharumkan nama UMK," katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis berkenaan.

Sementara itu, penerima Anugerah Utama Tokoh Siswa UMK, Muhamad Amirul Haizad Mohd Zaini, 23, dari Fakulti Hospitaliti Pelancongan dan Kesejahteraan, berkata dia tidak menyangka akan memperoleh anugerah yang disifatkan antara pencapaian yang terbaik pernah dirangkul setakat ini.

Dia yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan Kesihatan berkata, anugerah itu dapat mencetus semangatnya untuk terus melakukan yang terbaik bagi mendapatkan kecemerlangan dalam bidang akademik.

"Penghargaan yang diberikan ini menjadi pembakar semangat untuk saya lebih berusaha pada masa hadapan," katanya.

Berita Harian X