Isnin, 6 Ogos 2018 | 4:18pm
Peserta memberi tumpuan kepada penerangan penceramah. - Foto Bakri Mohd Dahalan

Tesco bantu tingkat keyakinan murid di Johor


PESERTA melaungkan keyakinan memperoleh pencapaian cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun ini. - Foto Bakri Mohd Dahalan

JOHOR BAHRU: Penyertaan murid sekitar daerah  ini dalam Klinik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) oleh Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) membantu persediaan golongan itu bagi menghadapi peperiksaan umum berkenaan bulan depan.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pandan Ahmad Akhmar Syazani Ahmad Saleh, 12, berkata dia tidak melepaskan peluang untuk mengikuti program klinik berkenaan bagi mempersiapkan dirinya untuk menduduki peperiksaan UPSR.

Katanya, penyampaian penceramah juga menarik dan menyeronokkan, justeru memudahkan dia untuk memahami penerangan mengenai suatu topik terutama bagi subjek Matematik dan Bahasa Inggeris.

      


Peserta memberi tumpuan kepada penerangan penceramah. - Foto Bakri Mohd Dahalan

Naikkan semangat 

Peserta dari SK Ladang Fraser, Puteri Nur Alyssa Ashikin Norizan Shah, berkata program berkenaan membantu menaikkan semangatnya untuk terus berusaha dengan lebih tekun.

"Perkara yang paling menarik perhatian saya ialah teknik menulis sifir secara pantas yang diajar guru penceramah Matematik," katanya ketika ditemui BH Didik pada program Program Jelajah BH Didik bersama-sama Tesco di Universiti Teknologi Malaysia, baru-baru ini.

Program dua hari itu membabitkan pengisian empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Sementara itu, Guru pengiring SK Seri Pandan,  Puan Saimah Said berkata, murid sekolahnya tidak mahu terlepas peluang untuk menyertai klinik itu walaupun perlu penempuh perjalanan jauh melebehi 100 kilometer.


Peserta memberi tumpuan kepada penerangan penceramah. - Foto Bakri Mohd Dahalan

Pendedahan terhadap KBAT

Beliau berkata, klinik UPSR BH Didik sangat berkesan dalam membimbing calon dan teknik diajar guru pada program itu amat bersesuaian dengan format kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

"Teknik belajar dan menjawab soalan yang didedahkan menerusi program itu mampu mengubah sikap murid untuk terus berusaha bagi memperbaiki kelemahan diri hingga lulus cemerlang.

"Kaedah dan penyampaian serta tunjuk ajar guru terbabit memberi peluang kepada calon untuk menggabungkan input diperoleh dengan pengajaran guru di sekolah," katanya yang hadir bersama-sama 30 murid.

Info Jelajah Didik Bersama Tesco peringkat Johor

- Diadakan pada 27 dan 28 Julai lalu.

- Disertai seramai 250 murid dari lapan sekolah rendah sekitar Johor.       

- Sekolah terbabit termasuk SK Seri Pandan, Batu Pahat; SK Taman Universiti (2), SK Tanjung Puteri, SK Taman Universiti (2), SK Taman Rinting (1), SK Puteri Wangsa, SK Taman Molek dan SK Ladang Fraser.

- Tesco Malaysia menganjurkan program Jelajah BH Didik bersama-sama Tesco membabitikan 30 sekolah tahun ini di  Kuala Lumpur, Pulau Pinang Kedah dan Johor.

Berita Harian X