Ahad, 3 March 2019 | 9:06pm
MENTERI Pendidikan, Dr Maszlee Malik (kiri) menurunkan tandatangan merasmikan Banguanan Canselori Universiti Malaysia Kelantan pada Majlis Sepetang Bersama Warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
MENTERI Pendidikan, Dr Maszlee Malik (kiri) menurunkan tandatangan merasmikan Banguanan Canselori Universiti Malaysia Kelantan pada Majlis Sepetang Bersama Warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

Keusahawanan UMK berpotensi ke peringkat Asia - Maszlee

BACHOK: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dilihat berpotensi untuk dikembangkan ilmu keusahawanan sehingga ke peringkat Asia.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, berdasarkan pelbagai program keusahawanan yang ditawarkan serta profil UMK itu sendiri, ia dilihat kelebihan untuk universiti itu terus mengorak langkah ke peringkat tertinggi.

“Ia adalah impian warga UMK serta saya secara peribadi dan keajaiban ini boleh dilakukan dalam masa terdekat iaitu dua atau tiga tahun nanti.

“UMK perlu melebarkan sayap mereka bukan hanya di Kelantan saja tetapi memimpin dari segi keusahawanan bermula di peringkat Asia seterusnya ke persada antarabangsa.

“UMK boleh kembangkan ilmu keusahawanan bermula dengan negara sekitar Indo China disusuli Thailand, Laos seterusnya Kemboja,” katanya ketika ditemui di UMK kampus Bachok, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau meluangkan masa di Majlis Sepetang bersama warga UMK serta mengadakan sesi dialog bersama penuntut.

Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof Dr Noor Azizi Ismail dan Datuk Dr Anwar Ridhwan yang dilantik sebagai Sasterawan UMK.

Maszlee berkata, beliau yakin pelbagai kejayaan akan diraih oleh UMK pada peringkat negara dan pengurusan tertinggi sekali gus melakar sejarah di persada antarabangsa.

Beliau berkata, bidang sastera bukan sahaja dihayati dalam kampus, malah turut dijalankan di persekitaran luar.

“Menerusi program itu, sukarelawan juga dapat dibentuk untuk masuk ke sekolah membawa elemen sastera untuk sama-sama dihayati,” katanya.

Berita Harian X