Selasa, 2 April 2019 | 8:23pm
Naib Canselor UiTM, Prof Dr Mohd Azraai Kassim (dua dari kiri) bertukar dokumen bersama Presiden Princess Naradhiwas University (PNU), Penolong Prof. Dr. Rossukon Sangmanee (dua dari kanan) ketika majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Uinversiti Teknologi MARA (UiTM) dengan Princess Naradhiwas University (PNU) di Canseleri Tuanku  Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam. Turut bersama Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik "Menjalankan Tugas-tugas Rektor" UiTM Pahang, Prof. Dr. Azhan Hashim@Ismail (kiri) dan Dekan Fakulti Pertanian Princess Naradhiwas University, Penolong Prof. Tawee Bunphirom. - Foto Saddam Yusoff
Naib Canselor UiTM, Prof Dr Mohd Azraai Kassim (dua dari kiri) bertukar dokumen bersama Presiden Princess Naradhiwas University (PNU), Penolong Prof. Dr. Rossukon Sangmanee (dua dari kanan) ketika majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Uinversiti Teknologi MARA (UiTM) dengan Princess Naradhiwas University (PNU) di Canseleri Tuanku  Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam. Turut bersama Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik "Menjalankan Tugas-tugas Rektor" UiTM Pahang, Prof. Dr. Azhan [email protected] (kiri) dan Dekan Fakulti Pertanian Princess Naradhiwas University, Penolong Prof. Tawee Bunphirom. - Foto Saddam Yusoff

UiTM, PNU jalin kerjasama, perkasa bidang pertanian

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengorak langkah memperkasakan industri pertanian bersama Puteri Naradhiwas University (PNU) Thailand.

Naib Canselor UiTM, Prof Dr Mohd Azraai Kassim berkata, kerjasama itu membabitkan UiTM Jengka, Pahang yang terbabit dalam program pertanian secara langsung.

"Kita sudah mengenal pasti kerjasama UiTM Jengka, Pahang dengan PNU dalam bidang pertanian memandangkan ia adalah industri yang kuat di Thailand.

"Di sana ada konsep 'teaching factory' iaitu mereka ada getah, kelapa sawit, jadi mereka bina kilang yang menghasilkan produk dalam universiti.

"Ini membolehkan pelajar bekerja dan belajar di situ. Malah, pada masa sama produk yang dihasilkan itu boleh dijual. Ini satu perkara yang kita nampak menarik untuk menjalinkan kerjasama," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dan PNU.

MoU itu ditandatangani oleh Mohd Azraai dan Penolong Profesor Dr Rossukon Sangmanee di Pejabat Canselori UiTM, di kampus UiTM Shah Alam.

Mohd Azraai berkata, MoU itu juga memberi lebih peluang kepada graduan kedua-dua universiti meneroka peluang kerjaya mahupun perniagaan berasaskan pertanian.

"MoU ini akan memberi kelebihan kepada pelajar UiTM cawangan Pahang yang mengikuti bidang pengajian agrikultur untuk menimba ilmu di PNU," katanya.

Beliau berkata, MoU itu akan merangkumi perkongsian kepakaran aspek pembangunan penyelidikan, pendidikan dan latihan berasaskan industri pertanian.

"Setiap semester kita akan hantar 30 pelajar dari UiTM cawangan Pahang untuk melihat sendiri serta menimba ilmu teknologi berasaskan pertanian melalui program mobiliti pelajar.

"Kami sasarkan pelajar yang terbabit akan pergi ke PNU dalam tempoh masa dua minggu hingga sebulan untuk menimba ilmu sebaik mungkin selama tiga tahun program ini berlangsung," katanya.

Sementara itu, Rossukon berkata, kerjasama dengan UiTM membabitkan bidang pertanian adalah buat pertama kali diadakan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X