X
Jumaat, 28 Jun 2019 | 1:00pm
Wan Saiful dan Mastura (enam dari kiri) bersama penerima penghargaan kepada majikan APC pada Majlis Mesra Bersama Pelanggan dan Pelancaran Cabutan SSPN 2019 di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
Wan Saiful dan Mastura (enam dari kiri) bersama penerima penghargaan kepada majikan APC pada Majlis Mesra Bersama Pelanggan dan Pelancaran Cabutan SSPN 2019 di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

SSPN pilihan terbaik rancang kewangan

KUALA LUMPUR: Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah satu-satunya pelan simpanan terbaik disediakan oleh kerajaan khusus untuk rakyat dalam usaha merancang kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi anak.

Menerusi SSPN juga, pelbagai insentif diberikan kepada pendeposit antaranya pelepasan taksiran cukai dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000, patuh syariah, perlindungan takaful selain dividen sebanyak empat peratus pada 2018 iaitu lebih tinggi berbanding institusi kewangan lain.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan, berkata sejak diperkenalkan hingga Mei ini, lebih daripada 4.1 juta akaun SSPN dibuka, dengan deposit keseluruhan dianggarkan sebanyak RM4.9 bilion.

Katanya, sejak 2015, PTPTN juga secara proaktif mengubah persepsi masyarakat bahawa agensi ini bukanlah perbadanan yang menyediakan pinjaman semata-mata tetapi lebih kepada tabung pendidikan sebagai simpanan awal.

Wan Saiful dan Mastura (kiri) bersama salah seorang pemenang Cabutan Khas Penerima APC. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
Wan Saiful dan Mastura (kiri) bersama salah seorang pemenang Cabutan Khas Penerima APC. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Azmi (dua dari kanan) bersama pemenang tempat kedua dan ketiga Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2018. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
Azmi (dua dari kanan) bersama pemenang tempat kedua dan ketiga Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2018. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Hadiah SSPN

“Justeru PTPTN mula memperkenalkan produk SSPN-i pada tahun 2004 dan SSPN-i Plus pada tahun 2015 bertujuan membantu perancangan kewangan ibu bapa secara konsisten setiap bulan.

“Sambutan diterima begitu menggalakkan, sekali gus menunjukkan kesedaran ibu bapa untuk mengurangkan kebergantungan pinjaman untuk pendidikan tinggi kepada anak,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Beliau ditemui pada Majlis Mesra Bersama Pelanggan dan Pelancaran Cabutan SSPN 2019. Yang turut hadir, Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid.

Pada majlis itu juga, PTPTN turut melancarkan Kempen Cabutan Hadiah 15 Tahun SSPN-i dan Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2019 secara serentak membabitkan hadiah bernilai RM1.1 juta hadiah untuk dimenangi.

Wan Saiful berkata, SSPN juga bukan saja menjadi pilihan individu, malah organisasi turut menjadikan SSPN sebagai hadiah berbanding memberi tunai kepada kakitangannya yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).

“Secara tidak langsung ia memberi motivasi kepada pekerja dan dalam masa yang sama pekerja turut mendapat manfaat yang disediakan SSPN.

“Bahkan cabutan hadiah juga disediakan sebagai menghargai pendeposit selain bertujuan menarik minat masyarakat menabung serta merebut peluang,” katanya.

Rezeki menabung RM30 setiap bulan

Gembira dan teruja dapat memenangi hadiah lumayan. Itu antara perasaan yang dirasai pemenang Cabutan WOW SSPN-i Plus 2018.

Azmi Yusof, 42, berkata beliau tidak menyangka berjaya mendapat cabutan hadiah bernilai RM100,000.

“Saya mula menabung RM30 setiap bulan sejak April 2018 untuk tiga anak saya selepas mendapat nasihat daripada ipar.

“Tabungan itu adalah daripada pencen arwah isteri saya dan saya menganggap ini rezeki anak dan saya akan terus menyimpan untuk mereka,” katanya yang nekad berhenti kerja dan berniaga demi menjaga anak.

Kamilia Hani (kiri) dan Nas Liana Ahmad Nasi menunjukkan hadiah yang dimenangi di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
Kamilia Hani (kiri) dan Nas Liana Ahmad Nasi menunjukkan hadiah yang dimenangi di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Bagi pemenang Cabutan Khas Penerima APC, Kamilia Hani Abdul Halim, 39, hadiah APC berupa SSPN diterima daripada Tourism Malaysia ini dianggap sebagai simpanan tambahan walaupun masih bujang.

“Walaupun belum berkahwin, saya tetap mendapat faedah disediakan oleh SSPN,” katanya.

Wakil penerima penghargaan kepada majikan APC, Deputi Superintendan (DSP) cawangan Perkhidmatan Jabatan Pengurusan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Dr Sivabalan Suppiah, berkata ini adalah tahun pertama PDRM menggunakan SSPN sebagai insentif APC dengan memberikan sebanyak RM1,000 kepada 9,981 kakitangannya.

Maklumat lanjut mengenai SSPN boleh layari www.lovesspn.com.

 Maklumat lanjut mengenai SSPN boleh layari www.lovesspn.com.
Maklumat lanjut mengenai SSPN boleh layari www.lovesspn.com.

INFO: Faedah SSPN

  • Perlindungan takaful bermula RM40,000 hingga RM1 juta

  • Insentif geran sehingga RM10,000 bagi satu keluarga mengikut syarat tertentu.
  • Hadiah Cabutan WOW SSPN-iPlus 2018

  • Hadiah utama Cabutan Hadiah 15 Tahun SSPN-i ialah RM151,515.15
  • Hadiah utama Cabutan WOW! SSPN-i Plus ialah Proton X70.
  • Berita Harian X