Selasa, 16 Julai 2019 | 1:21pm
PENGURUS Besar Jabatan Pendidikan Vertikal NSTP, Farah Ezrin Mohd Rashidi (tiga dari kanan, depan) bersama-sama kakitangan Jabatan Pendidikan Vertikal NSTP membuat penilaian setiap penyertaan pelajar pada sesi Pemilihan Pemenang Anugerah Pelajar Cemerlang BH-NST (APCBH-NST) 2018. - Foto: Nik Hariff Hassan

Pemilihan APCBH-NST 2018 adil, telus

KUALA LUMPUR: Proses pemilihan pemenang Anugerah Pelajar Cemerlang BH-New Straits Times (APCBH-NST) 2018, semalam dilakukan secara adil dan telus berdasarkan kecemerlangan akademik dan pencapaian terbaik pelajar di setiap peringkat sama ada daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Tahun ini, APCBH-NST 2018 turut memperkenalkan kategori baharu iaitu Personaliti Pilihan bagi sisipan Didik, Minda dan Skor BH.

Murid dan pelajar yang pernah menghiasi ruangan personaliti setiap sisipan berkenaan diberi pengiktirafan atas kecemerlangan akademik dan pembabitan aktif dalam pelbagai bidang kokurikulum.

Pertandingan yang penyertaannya tamat pada 12 Julai lalu itu turut menerima borang peserta dari Sabah dan Sarawak.

Kategori lain yang turut dipertandingkan iaitu Rakan Sekolah Cemerlang; Pendidik Kreatif dan Rakan Langganan Sisipan BH dan NST.

Majlis penyampaian hadiah APCBH-NST 2018 akan berlangsung pada 26 Julai ini di Balai Berita, The New Straits Times Press (NSTP) Bangsar, di sini dan semua pemenang akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

Berita Harian X