Isnin, 22 Julai 2019 | 12:51am
DATUK Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim bergambar bersama pasukan Unity Of Voices dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepong Baru yang memperolehi status Gold 1 selepas menyampaikan lagu Untukmu Malaysia dan Jabberwocky. - Foto ihsan MBSA

Pertandingan koir kota seni pupuk perpaduan

SHAH ALAM: Pertandingan Koir Kota Seni Shah Alam Edisi Kebangsaan 2019 berjaya memupuk semangat perpaduan peserta, berikutan lagu patriotik yang menjadi antara lagu wajib pertandingan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata pertandingan berkenaan berjaya menarik lebih 19 sekolah berentap merebut gelaran juara.

“Sebanyak 12 pasukan menyertai bagi Kategori Sekolah Rendah dan tujuh lagi pasukan mewakili Kategori Sekolah Menengah.

“Juara Kategori Sekolah Menengah disandang oleh Unity Of Voices dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepong Baru yang memperolehi status Gold 1 selepas menyampaikan lagu Untukmu Malaysia dan Jabberwocky.

DATUK Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim bergambar bersama pasukan Jiao Er Children’s Choir dari sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Batu Sebelas Cheras yang menyampaikan lagu Selamat Pergi Pahlawanku dan Sound of Music Medley. - Foto ihsan MBSA

“Kategori Sekolah Rendah pula dimenangi oleh pasukan Jiao Er Children’s Choir dari sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Batu Sebelas Cheras yang menyampaikan lagu Selamat Pergi Pahlawanku dan Sound of Music Medley,” katanya.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Shahrin berkata, juara setiap kategori memenangi hadiah wang tunai RM5,000, piala iringan serta sijil.

Katanya, pertandingan berkenaan diteruskan pada tahun depan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

Berita Harian X