Khamis, 21 November 2019 | 3:49pm
MURID meraikan kegembiraan selepas mendapat keputusan keputusan UPSR di SK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi. - Foto: Zulfadhli Zulkifli/ NSTP.

Latihan konsisten antara rahsia kejayaan

BANGI: Membuat latihan ulang kaji menggunakan sisipan BH Didik secara konsisten menjadi antara penyumbang kejayaan Aqiel Hilmi Abdul Halim, 12, memperoleh 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Aqiel Hilmi ketika ditemui berkata, dia yang mula menjadikan sisipan BH Didik sebagai bahan rujukan sejak di Tahun Lima juga melihat peningkatan dalam pencapaian akademiknya.

“Latihan yang diterbitkan setiap minggu mengikut silibus sekolah membuatkan saya tidak pernah terlepas untuk membuat ulang kaji menggunakan sisipan BH Didik selain pergi ke kelas tambahan dan memberi fokus di dalam kelas,” katanya.

Bagi Hannah Arisya Zulkifli, 12, usahanya selama ini terbayar apabila berjaya meraih keputusan cemerlang dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2019.

“Saya percaya ini juga adalah berkat doa kedua-dua ibu bapa dan guru di sekolah yang sentiasa memberi kata-kata semangat untuk saya peroleh keputusan hari ini,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi, Ainon Mohamed Salehuddin, berkata pencapaian peratusan setiap mata pelajaran menunjukkan peningkatan yang sangat baik dalam PPSR tahun ini.

“Pihak sekolah mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua calon atas segala usaha mereka selama ini.

“Selain pelbagai program ilmiah yang disediakan, pihak sekolah juga menggunakan sisipan BH Didik untuk murid Tahun Lima dan Tahun Enam bagi pengukuhan akademik mereka.

“Keberkesanan sisipan BH Didik tidak diragui lagi dan kami cukup percaya latihan yang diberikan amat membantu calon peperiksaan dalam ulang kaji masing-masing,” katanya.

Berita Harian X