Selasa, 25 Februari 2020 | 5:29pm
Abdul Aziz Selaiman (depan lima, kanan) bersama-sama penerima STPM pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2019 di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehudin di Hutan Kampung hari ini. - fotoBERNAMA
Abdul Aziz Selaiman (depan lima, kanan) bersama-sama penerima STPM pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2019 di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehudin di Hutan Kampung hari ini. - fotoBERNAMA

Calon STPM Kedah lulus penuh meningkat

ALOR SETAR: Calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Kedah yang mendapat lulus penuh pada 2019 meningkat kepada 99.24 peratus, berbanding 99.02 peratus pada 2018.

Pengarah Pelajaran Kedah, Abd Aziz Selaiman, berkata keputusan itu melepasi peratus lulus penuh kebangsaan yang ditetapkan, iaitu sebanyak 98.7 peratus.

Katanya, sebanyak 44 sekolah berjaya mencapai lulus penuh 100 peratus, berbanding 40 sekolah dengan pencapaian sama dalam STPM 2018.

“Sembilan sekolah mendapat keputusan cemerlang Gred Purata Sekolah (GPS) 3.0 ke atas dan Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, Alor Setar, diumum sebagai sekolah terbaik peringkat negeri dengan GPS 3.15.

“Seramai 48 calon STPM 2019 memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00, berbanding calon STPM 2018, iaitu seramai 54 orang,” katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2019 di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin Alor Setar di sini, hari ini.

Abd Aziz berkata, jumlah calon yang menduduki STPM 2019 seramai 3,169, berbanding 3,202 calon pada 2018.

“Pendidikan STPM semakin mendapat semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, selain mampu memberi peluang luas kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Selain itu, guru yang mengajar di tahap ini terdiri daripada kalangan guru yang terbaik dan berpengalaman,” katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X