Jumaat, 29 Mei 2020 | 4:50pm
Takwim palsu yang tular di aplikasi WhatsApp.
Takwim palsu yang tular di aplikasi WhatsApp.

KPM nafi takwim sekolah tular

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan maklumat yang sedang tersebar luas di aplikasi WhatsApp berhubung jadual sesi persekolahan ketika ini.

Sehubungan itu, KPM menerusi laman rasmi Facebook hari ini memaklumkan sebarang maklumat berkenaan takwim pembukaan semula sekolah hanya akan dibuat melalui medium rasmi kementerian berkenaan sahaja.

Kandungan takwim yang tular itu antaranya menyatakan sekolah menengah akan mula dibuka mulai Jun ini, sekolah rendah (Julai), manakala pendidikan khas, prasekolah dan tadika direhatkan hingga Disember depan.

Berita Harian X