Ahad, 28 Jun 2020 | 1:15pm
BEKAS Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.
BEKAS Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Bekas Presiden PETRONAS dilantik ke UMT

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas dilantik sebagai sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Pelantikan bagi tempoh tiga tahun, berkuat kuasa Ahad lalu.

UMT dalam kenyataan hari ini berkata, Shamsul Azhar yang juga Pengerusi MMC Corporation Berhad, mengadakan lawatan sulungnya ke kampus UMT selama tiga hari bermula hari ini bagi berbincang dengan pengurusan tertinggi universiti.

Menerusi lawatan itu juga, beliau dibawa melawat galeri Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Stesen Penyelidikan Alami Pulau Bidong dan beberapa pusat penyelidikan UMT lain.

Selain menjadi Pengerusi MMC Corporation Berhad, Shamsul Azhar turut memegang beberapa jawatan penting dalam sektor korporat seperti Enra Group Berhad dan NCB Holdings Bhd.

Beliau lulusan Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Tenaga dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar, Shamsul Azhar mampu membawa pembaharuan dan meletakkan jenama UMT sebaris dengan institusi terkemuka lain.

Beliau berkata, Samsul Azhar akan memacu hala tuju dan pencapaian universiti yang terkenal dengan program sains marin itu.

Berita Harian X