Selasa, 30 Jun 2020 | 5:37pm
Kejuruteraan komputer berhubung rapat dengan kejuruteraan elektrik dan sains komputer bagi mewujudkan sinergi dalam bidang teknologi baru.
Kejuruteraan komputer berhubung rapat dengan kejuruteraan elektrik dan sains komputer bagi mewujudkan sinergi dalam bidang teknologi baru.

Kepakaran jurutera komputer bantu tangani cabaran normal baharu

PENULARAN pandemik COVID-19 menjejaskan hampir semua aspek kehidupan di seluruh dunia. 

Pada masa sama, peranti digital dan saluran perhubungan berasaskan teknologi dilihat menjadi medium untuk memacu semula sektor ekonomi dalam normal yang baharu.

Aktiviti urus niaga tanpa tunai, penghantaran automatik, pemantauan kesihatan jarak jauh dan pertemuan secara maya juga membuktikan dunia sedang menuju masa depan digital.

Kepesatan teknologi ini sedikit sebanyak turut dipengaruhi oleh kemajuan terkini dalam rangkaian berkelajuan tinggi 5G, kecerdasan buatan (AI), autonomi robotik, revolusi industri 4.0 (IR4.0) dan analisis data besar. Jika dahulu istilah ini jarang digunakan, tetapi sekarang ia adalah realiti baharu masa depan. 

Situasi ini secara tidak langsung menjadikan profesion jurutera komputer mendapat permintaan dalam dunia normal baharu.

ImageIr Dr Patrick Sebastian

Pakar Kejuruteraan Komputer, Pembina Sistem Terbenam dan Pereka Sistem Pengawasan, Ir Dr Patrick Sebastian, berkata Program Kejuruteraan Komputer di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dilihat mampu melahirkan jurutera yang mahir mengendalikan generasi sistem akan datang.

Tambah beliau, pakar industri di UTP bersedia melatih pelajar untuk menggabungkan keupayaan perkakasan elektronik, program perisian dan sistem integrasi yang membolehkan kelancaran perhubungan antara perkakasan ("hardware") dan perisian ("software").

"Mengambil kira prospek sedia ada, sistem ini juga berupaya mewujudkan agen kecerdasan buatan yang menjadikan produk dan servis berasaskan AI seperti penghantaran bungkusan barang melalui dron dapat dilaksanakan," katanya.

Selain itu, penggabungan beberapa program kelas langsung pula membolehkan pelajar menguasai kemahiran bahasa pengaturcaraan seperti C/C++, R, Python dan Apache Spark untuk diimplementasikan dengan analisis data dan visualisasi digital.

ImageProgram Kejuruteraan Komputer di UTP menyediakan peluang kerjaya dalam pelbagai bidang seperti Kejuruteraan Perkakasan dan Perisian Komputer, Pengesahan Perisian, Sistem Terbenam, Interaksi Komputer Manusia serta Rangkaian Data dan Analisis Data.

Program pengajian UTP sentiasa memenuhi keperluan industri serta jurutera prinsipal  daripada syarikat terkemuka tempatan dan multinasional bagi memastikan pelajar mendapat pendedahan sebaiknya mengenai trend dan perkembangan terkini industri.

Sinonim dengan kejayaan melahirkan graduan terbaik dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi , UTP sehingga hari ini, terus menerima permintaan  bagi memenuhi keperluan  industri, terutama dalam bidang kejuruteraan komputer. 

Justeru, rebutlah peluang untuk mengikuti Program Kejuruteraan Komputer di UTP bagi  memastikan kehidupan normal baharu menjadi lebih baik. 

Maklumat lanjut mengenai program pengajian yang ditawarkan di UTP, sila layari https://admission.utp.edu.my/ atau terus berhubung dan dapatkan lebih informasi mengenai UTP di GetConnected2UTP.

Berita Harian X