Rabu, 20 Mei 2015 | 1:02pm
PRESIDEN PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Foto Ghazali Kori
PRESIDEN PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Foto Ghazali Kori

Jawatan tertinggi PAS saksi pertandingan

KUALA LUMPUR: Semua jawatan tertinggi PAS menyaksikan pertandingan pada muktamar tahunan parti itu ke-61 yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun, di Selangor.

Jawatan Presiden buat pertama kali dicabar sejak 12 tahun apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan ditentang Ahmad Awang.

Begitu juga bagi jawatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu selaku penyandang bakal dicabar Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jawatan Naib Presiden pula, menyaksikan enam pencalonan termasuk dua penyandang, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub serta empat pencabar iaitu Idris Ahmad, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Mahfuz Omar serta Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pula menyaksikan 55 calon bertanding untuk mengisi 18 kerusi.

Pengesahan pertandingan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi pada sidang medianya di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS pula menyaksikan pertandingan antara penyandang, Suhaizan Kaiat dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Bagi jawatan timbalannya pula, dua pencalonan diterima iaitu Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.

Muslimat PAS turut menyaksikan pertembungan satu lawan satu bagi jawatan utamanya.

Siti Zailah Mohd Yusoff dan Nuridah Salleh akan bersaing untuk jawatan ketua manakala Dr Siti Mariah Mahmud dan Dr Rosni Adam bertanding untuk jawatan timbalan ketua.

Berikut senarai pencalonan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat Sesi 2015-2017;

Pengerusi Tetap

1. Hussin Ismail

Timbalan Pengerusi Tetap

1. Kamal Ashaari

Presiden

1. Datuk Seri Abdul Hadi Awang

2. Ahmad Awang

Timbalan Presiden

1. Mohamad Sabu

2. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden

1. Datuk Husam Musa

2. Salahuddin Ayub

3. Idris Ahmad

4. Datuk Iskandar Abdul Samad

5. Datuk Mahfuz Omar

6. Datuk Mohd Amar Abdullah

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

1. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus

2. Abd Ghani Samsudin

3. Abdul Wahid Endut

4. Datuk Abdullah Hussin

5. Dr Abu Bakar Mohamed

6. Aiman Athirah Aljundi (Raj Munni Sabu)

7. Dr Ali Akbar Gulasan

8. Aminolhuda Hassan

9. Datuk Amiruddin Hamzah

10. Apandi Mohamad

11. Dr Azman Ibrahim

12. Azman Shafawi

13. Dr Dzulkefly Ahmad

14. Datuk Dr Fadhli Hasan

15. Dr Fakrudin Fakrurazi

16. Dr Halimah Ali

17. Hanipa Maidin

18. Dr Hatta Md Ramli

19. Kamaruzzaman Muhammad

20. Datuk Dr Khairuddin Aman Razali

21. Khairul Faizi Ahmad Kamil

22. Khalid Samad

23. Lahirul Latigu

24. Zulkifli Mohd Omar

25. Marzuk Shaary

26. Mazlan Aliman

27. Misbahul Munir Masduki

28. Mohd Arif Fiazoul

29. Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin

30. Mohd Noor Mohamad

31. Dr Mohd Zuhdi Marzuki

32. Mokhtar Senik

33. Mokhtar Suhaili

34. Dr Muhaimin Sulam

35. Muhamad Sanusi Md Nor

36. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa

37. Mumtaz Md Nawi

38. Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad

39. Datuk Nasruddin Daud

40. Nasruddin Hassan Tantawi

41. Nik Zawawi Salleh

42. Nor Azli Musa

43. Normala Sudirman

44. Nuridah Salleh

45. Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob

46. Razman Zakaria

47. Dr Ridhuan Mohd Noor

48. Dr Rosni Adam

49. Dr Siti Mariah Mahmud

50. Solehin Muhyi

51. Taufek Abd Ghani

52. Wan Azhar Wan Ahmad

53. Zaharuddin Mohamad

54. Zulkifli Ismail

Pencalonan jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat 2015-2017 (*tidak termasuk AJK)

Pengerusi Tetap

1. Kamal Ashaari

2. Abdul Latiff Abdul Rahman

Timbalan Pengerusi Tetap

1. Riduan Mohd Noor

2. Ahmad Sabky Yusof

Ketua Pemuda

1. Suhaizan Kaiat

2. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Timbalan Ketua Pemuda

1. Muhammad Khalil Abdul Hadi

2. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob

Naib Ketua Pemuda

1. Khairil Nizam Khirudin

2. Nor Azman Mohamad

Pencalonan jawatan tertinggi Dewan Muslimat PAS Pusat Sesi 2015-2017 (*tidak termasuk AJK)

Pengerusi Tetap

1. Norhashimah Deraman

2. Faizah Ismail

Timbalan Pengerusi Tetap

1. Nor Azlin Md Shamsudin

2. Fauziah Bidin

Ketua Dewan Muslimat

1. Siti Zailah Mohd Yusoff

2. Nuridah Salleh

Timbalan Ketua Muslimat

1. Dr Siti Mariah Mahmud

2. Dr Rosni Adam

Naib Ketua

1. Mumtaz Md Nawi

2. Salamiah Mohd Noor

Berita Harian X