Rabu, 3 Februari 2016 | 12:51pm

Ahmad Bashah lega kemelut selesai

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada sidang akhbar di Pejabat Perhubungan UMNO, Alor Setar sebentar tadi. - Foto NSTP
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada sidang akhbar di Pejabat Perhubungan UMNO, Alor Setar sebentar tadi. - Foto NSTP

ALOR SETAR: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, lega apabila kemelut kepimpinan yang berlarutan selama dua minggu selesai dalam semangat persaudaraan yang tinggi.

Mengakui tidak berkecil hati dengan serangan politik yang dihadapinya, beliau memuji keberanian bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang mengumumkan peletakan jawatan pagi tadi.

"Saya boleh katakan Mukhriz seorang yang baik dan saya mengenali beliau secara peribadi.

"Kami sama-sama bekerja untuk UMNO dan saya tidak nampak kenapa kami tidak boleh bekerja sama lagi selepas ini.

"Apa yang penting isu ini sudah selesai," katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan UMNO di sini, sebentar tadi.

Ahmad Bashah turut mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta kedudukannya sebagai senator di Dewan Negara.

Berita Harian X