Rabu, 6 April 2016 | 5:39pm

Usaha singkir MB Johor hanya khayalan pihak tertentu

Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad menyangkal dakwaan wujud usaha menyingkirkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Shahrir yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), sebaliknya berkata ia hanya rekaan dan khayalan pihak tertentu.

Katanya, tiada sebarang petanda kegusaran dalam kalangan ahli UMNO Johor terhadap kepimpinan Mohamed Khaled yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

"Mesyuarat UMNO Johor diadakan beberapa hari lalu dan saya tak nampak, tak rasa ada masalah dari segi kedudukan beliau sebagai Menteri Besar. Sokongan kepada beliau tak perlu dinyatakan dan tidak perlu ada deklarasi kerana kerjasama dan hubungan memang sudah terjalin begitu baik.

"Saya tak fikir UMNO Johor bergoyang. Ramai sokong Mohamed Khaled kerana semua yang dia rancang menyentuh perkara mustahak bagi rakyat Johor. Tidak ada sebab ia boleh menimbulkan reaksi politik," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, tersebar dakwaan oleh seorang ahli UMNO Bahagian Sri Gading yang menerusi laman Facebooknya, mendakwa wujud konspirasi menyingkirkan Mohamed Khaled sebagai Menteri Besar.

Berita Harian X