X
Rabu, 27 April 2016 | 2:48pm

Terpulang kepada PM - Ahmad Razif

MENTERI Besar, Ahmad Razif Abd Rahman mempengerusikan mesyuarat EXCO di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, sebentar tadi. - Foto Aswadi Alias
MENTERI Besar, Ahmad Razif Abd Rahman mempengerusikan mesyuarat EXCO di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, sebentar tadi. - Foto Aswadi Alias

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, menyerahkan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menentukan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

"Terpulang kepada keputusan Perdana Menteri," katanya ringkas ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir itu, enggan mengulas lanjut dan bersedia menghadapi apa juga kemungkinan.

"Tunggulah keputusan lanjut daripada Perdana Menteri selepas beliau selesai mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin," katanya.

Berita Harian X