Ahad, 19 Jun 2016 | 8:45pm

Jentera mantap faktor kemenangan berganda BN

MOHD Shafie (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada asnaf pada majlis berbuka puasa bersama masyarakat di Sandakan. - Foto Poliana Ronnie Sidom
MOHD Shafie (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada asnaf pada majlis berbuka puasa bersama masyarakat di Sandakan. - Foto Poliana Ronnie Sidom

SANDAKAN: Jentera Barisan Nasional (BN) yang mantap dan perpecahan dalam pembangkang menyumbang pada kemenangan parti tu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata dua faktor itu menentukan kemenangan BN walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, membantu kempen pembangkang dalam PRK terbabit.

‎Katanya, kemenangan itu perlu menjadi suntikan kepada calon yang sudah dipilih untuk menunaikan amanah yang diberikan pengundi.

‎"Saya sudah agak PRK ini akan dimenangi BN. Pertama kerana persediaan jentera BN dan keduanya, keadaan dalam parti pembangkang yang berpecah.

‎‎"Kedua-dua faktor ini menjadi perkara yang menentukan kemenangan BN.

"Apa yang penting sokongan pengundi perlu ditunaikan sebaik mungkin sepanjang tempoh dua atau tiga tahun sebelum Pilihan Raya Umum," katanya pada majlis berbuka puasa bersama masyarakat di Masjid Daerah Sandakan, di sini, sebentar tadi.

‎Pada majlis itu, seramai 500 asnaf menerima sumbangan.

‎Ditanya sama ada BN boleh memenangi kerusi itu jika pembangkang bersatu, Mohd Shafie berkata, pembangkang mampu mengganggu-gugat kedudukan BN jika tidak berlaku perpecahan.‎

Berita Harian X