Ahad, 28 Ogos 2016 | 5:31pm

UMNO Sabah ikrar rampas semula DUN Klias

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman pada perasmian Mesyuarat Serentak UMNO Zon 3 Bahagian Beaufort di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir, Beaufort. - Foto NSTP/Malai Rosmah Tuah

BEAUFORT: UMNO Sabah berikrar menawan kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias yang dimenangi PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 lalu.

Ikrar itu disuarakan Ketua Menteri yang juga Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman pada majlis perasmian serentak persidangan UMNO Sabah Zon Tiga merangkumi bahagian Beaufort, Sipitang, Kimanis dan Papar, di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan turut dihadiri Menteri Luar yang juga Ketua UMNO Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; Ketua UMNO Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad; Ketua UMNO Papar, Datuk Abdul Rahim Ismail dan Ketua UMNO Beaufort, Datuk Isnin Aliasnih.

Musa berkata, UMNO akan memastikan kerusi DUN Klias menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang.

Berita Harian X