Selasa, 29 Ogos 2017 | 1:28pm
 MENTERI Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tengah) menyampaikan geran hakmilik tanah kepada 607 peneroka FELDA Ulu Penggeli Peringkat 1 dan 2 serta penduduk Kampung Seri Cahaya dan Kampung Iham sambil di perhatikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Ahli Parlimen Sembrong (dua dari kanan) dan isterinya Tengku Marsilla Tengku Abdullah (kanan) di Dewan Semai Bakti, Felda Ulu Penggeli, Kluang. - Foto Adnan Ibrahim

Tsunami Melayu Karut: MB Johor

KLUANG: Tsunami Melayu yang kononnya bakal terjadi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini disifatkan sebagai karut dan hanya gimik pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata tsunami Melayu adalah taktik ciptaan dan helah DAP bagi golongan Cina terus menyokong mereka.

"Mana ada Tsunami Melayu, itu karut. Ia hanya dakwaan yang dibuat DAP bagi membuatkan orang Melayu terutamanya di Johor menyokong pembangkang sekali gus memecah belahkan keharmonian negeri ini.

"Orang Johor tahu apa yang sudah kerajaan negeri dan UMNO lakukan, siapa yang bela mereka selama ini manakala pembangkang hanya datang bermusim sahaja bila tiba pilihan raya.

"Pembangkang tiada pelan atau rancangan untuk Johor. Saya nak tanya apa pelan pembangkang terutama DAP untuk ekonomi, orang Melayu, pendidikan agama dan pendidikan kaum Cina dan India di Johor. Mana ada," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan geran hak milik tanah kepada 607 peneroka FELDA Ulu Penggeli Peringkat 1 & 2 serta penduduk Kampung Seri Cahaya dan Kampung Iham di Dewan Semai Bakti, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Ahli Parlimen Sembrong.

Berita Harian X