Sabtu, 30 September 2017 | 2:16pm
MOHAMED Khaled Nordin (tengah) bergambar bersama penerima sijil rumah pangsa, ketika majlis Penyerahan Surat Tawaran Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (Myhome) dan rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah Bandar Tiram. - Foto Mohd Azren Jamaludin
MOHAMED Khaled Nordin (tengah) bergambar bersama penerima sijil rumah pangsa, ketika majlis Penyerahan Surat Tawaran Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (Myhome) dan rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah Bandar Tiram. - Foto Mohd Azren Jamaludin

'Kerajaan buat kerja, bukan cakap kosong' - Mohamed Khaled

JOHOR BAHRU: Kerajaan tidak mahu rakyat keliru dengan cakap kosong pembangkang yang tidak berlandaskan fakta, sebaliknya lebih kepada persepsi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerajaan negeri bukan memberi harapan, sebaliknya bertanggungjawab menjalankan pelbagai pembangunan.

"Kalau (pembangkang) datang sini cakap nak jual harapan, saya pun boleh buat, tetapi saya lebih bertanggungjawab.

"Saya di sini nak sediakan rumah, nak pastikan ekonomi Johor, orang kita ada kerja, ada pendapatan baik," katanya selepas Majlis Penyerahan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MYHOME) dan Rumah Pangsa Kos Sederhana Bandar Tiram, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempahan Johor, Datuk Md Jais Sarday serta Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

Menteri Besar mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamed yang mahu menjadikan Johor kubu kuat pakatan pembangkang kononnya bagi membersihkan negeri itu.

Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri akan berusaha memastikan impian pembangkang itu tidak akan berlaku.

"Insya-Allah kita akan pastikan dia (pembangkang) punya impian kosong," katanya.

Berita Harian X