;
Sabtu, 13 Januari 2018 | 10:59pm
PENGERUSI Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap ketika menjadi panel pada program Bicara Wawasan 2020 di Cyberjaya, hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Budaya Melayu punca ketinggalan: Tun M

CYBERJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, budaya dan nilai hidup yang dipegang masyarakat Melayu di negara ini menyebabkan kaum itu ketinggalan.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, kaum Melayu juga didapati kurang tekun bekerja, kurang rajin dan kadangkala kurang amanah.

"Kebolehan Melayu sama dengan orang lain tetapi masalahnya di sini adalah budaya dan nilai hidup yang kita pegang.

"Kita cari jalan yang mudah, kita tak nak cari benda yang berat. Kalau boleh kita upah orang lain, sebab itu kita ketinggalan, bukan kerana tak boleh tapi kerana tak mahu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada program Bicara Wawasan 2020 di sini, hari ini.

Dr Mahathir turut mempersoalkan mengenai Malaysia yang terlalu banyak hari cuti umum, yang menyebabkan ketekunan bekerja rakyat Malaysia menjadi kurang.

Sementara itu, Dr Mahathir turut mendakwa Malaysia belum mampu mencapai status negara maju pada 2020 kerana tafsiran negara maju katanya tidak boleh terletak hanya terletak pada pendapatan perkapita rakyat saja tetapi juga perlu merangkumi bidang ilmu, penyelidikan dan pembangunan serta berpengaruh di dunia.

2507 dibaca
Berita Harian X