Isnin, 9 April 2018 | 11:14am
AHMAD Razif Abd Rahman. - Foto Rozainah Zakaria
AHMAD Razif Abd Rahman. - Foto Rozainah Zakaria

MB Terengganu menghadap Sultan Mizan

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pagi ini, bagi mendapatkan perkenan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kenderaan rasmi membawa Ahmad Razif dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah, Chendering, di sini, kira-kira jam 10.17 pagi ini.

Ahmad Razif dijadual mengadakan sidang media jam 11 pagi ini di Wisma Darul Iman, selepas mendapat perkenan Sultan Mizan untuk membubarkan DUN bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diadakan.

Berita Harian X