Ahad, 22 April 2018 | 11:46am
DATUK Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) bersama calon-calon Barisan Nasional pada Pelancaran Manifesto dan Sesi Perkenal Calon BN Wilayah Persekutuan di PWTC, Kuala Lumpur. - Foto Syarafiq Abd Samad
DATUK Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) bersama calon-calon Barisan Nasional ketika sidang media selepas Pelancaran Manifesto dan Sesi Perkenal Calon BN Wilayah Persekutuan di PWTC, Kuala Lumpur. - Foto Syarafiq Abd Samad
DATUK Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama calon-calon Barisan Nasional pada Pelancaran Manifesto dan Sesi Perkenal Calon BN Wilayah Persekutuan di PWTC, Kuala Lumpur. - Foto Syarafiq Abd Samad
DATUK Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) bersama calon-calon BN dan ahli-ahli BN menyanyikan lagu 'Barisan Nasional' ketika hadir pada Majlis Pelancaran Manifesto dan Sesi Memperkenalkan Calon Barisan Nasional Wilayah Persekutuan di PWTC, hari ini. - Foto BERNAMA
SUASANA meriah penyokong BN yang turut hadir pada Pelancaran Manifesto dan Sesi Perkenal Calon BN Wilayah Persekutuan di PWTC, hari ini. - Foto BERNAMA

13 calon BN Wilayah Persekutuan diumum

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan mengumumkan 13 calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), hari ini.

Pengumuman senarai calon dilakukan oleh Setiausaha BN Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Mokhtar.

Antara muka lama yang bakal bertanding adalah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Putrajaya dan Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk kerusi Lembah Pantai.

"Datuk Seri Johari Abdul Ghani juga akan bertanding semula pada PRU kali ini di Titiwangsa," katanya.

Muka baharu, Adnan Abu Seman yang juga seorang peguam berusia 42 tahun dicalonkan sebagai calon muda mewakili UMNO di kerusi Bandar Tun Razak.

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau dicalonkan menentang calon PKR, Tian Chua di Parlimen Batu.

Berikut adalah senarai calon penuh BN Wilayah Persekutuan:

1. Kepong - Ong Siang Liang

2. Batu - Datuk Dr Dominic Lau

3. Wangsa Maju - Datuk Yew Teong Look

4. Segambut - Datuk Dr Loga Bala Mohan

5. Titiwangsa - Datuk Seri Johari Abdul Ghani

6. Setiawangsa - Tan Sri Zulhasnan Rafique

7. Bukit Bintang - Ann Tan Yen Yen

8. Lembah Pantai - Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

9. Cheras - Heng Sinn Yee

10. Labuan - Datuk Rozman Isli

11. Bandar Tun Razak - Adnan Abu Seman

12. Putrajaya - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

13. Seputeh - Chan Quin Er

Berita Harian X