Sabtu, 28 April 2018 | 10:44am
CALON Pembangkang Parlimen Pagoh, P143, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM) berarak bersama penyokong menuju ke pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Pagoh, Muar. - Foto Adi Safri
CALON Pembangkang Parlimen Pagoh, P143, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM) berarak bersama penyokong menuju ke pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Pagoh, Muar. - Foto Adi Safri
CALON BN, Parlimen Pagoh, P143, Ismail Mohamed (dua dari kiri) menyerahkan borang percalonan di pusat penamaan calon Kompleks Sukan Pagoh, Muar. - Foto Adi Safri
CALON BN, Parlimen Pagoh, P143, Ismail Mohamed (dua dari kiri) menyerahkan borang percalonan di pusat penamaan calon Kompleks Sukan Pagoh, Muar. - Foto Adi Safri

Muhyiddin, Ismail dilihat mesra

PAGOH: Calon PKR bagi Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bakal ditentang anak didiknya, Ismail Mohamed yang menjadi calon Barisan Nasional (BN) dilihat amat mesra ketika menunggu proses penamaan calon selesai.

Muhyiddin yang memakai baju Melayu cekak musang berwarna biru muda dan Ismail pula memakai baju Melayu Teluk Belanga biru tua juga dilihat tidak kekok bergurau dan sempat bergambar bersama.

Muhyiddin adalah penyandang kerusi Parlimen Pagoh selama lima penggal, manakala Ismail sebelum ini bertanding di DUN Bukit Kepong

Seorang lagi calon Parlimen Pagoh ialah ahli PAS yang juga anak anak Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed iaitu Ahmad Nawfal.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X