Sabtu, 5 Mei 2018 | 1:00pm
ANGGOTA TUDM Gong Kedak beratur untuk menyemak senarai nama sebelum mengundi awal di pangkalan TUDM Gong Kedak Jertih. - Foto Mohamad Ishak

Pengundian awal anggota TUDM Gong Kedak lancar

JERTIH: Pengundian awal anggota Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM) Gong Kedak, dekat sini berjalan lancar dan berdisiplin.

Komander Pangkalan, Brig Jen Datuk Suhaimi Hussain berkata, beliau berpuashati dengan sambutan yang diberikan oleh semua unit anggota yang menyertai pengundian awal bermula jam 8 pagi.

Katanya, sehingga jam 12.00 tengahari kira-kira 80 peratus anggota daripada 1,360 pengundi awal berdaftar sudah membuang undi.

Suhaimi berkata, pangkalan berkenaan adalah antara kem yang mempunyai jumlah pengundi paling ramai di negara ini.

Calon Parlimen Besut dari BN Datuk Seri Idris Jusoh, Dr Riduan Mohamad Nor dan( PAS) dan Datuk Ir Wan Nazari Wan Jusoh dari PKR turut hadir meninjau proses pengundian berkenaan.

Berita Harian X