Sabtu, 5 Mei 2018 | 1:12pm
ANGGOTA TUDM Gong Kedak menyemak senarai nama sebelum mengundi pada hari pengundian awal di pangkalan TUDM Gong Kedak Jertih. - Foto Mohammad Ishak

Pengundian awal anggota TUDM Gong Kedak lancar

JERTIH: Pengundian awal anggota Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM) Gong Kedak, dekat sini, berjalan lancar dan berdisiplin.

Komander Pangkalan, Datuk Suhaimi Hussain, berkata beliau berpuashati dengan sambutan diberikan semua unit anggota yang menyertai pengundian awal bermula jam 8 pagi.

Katanya, sehingga jam 12 tengah hari, kira-kira 80 peratus anggota daripada 1,360 pengundi awal berdaftar sudah membuang undi.

CALON BN DUN Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman bersalaman dengan pengundi awal anggota TUDM Gong Kedak Jertih. - Foto Mohammad Ishak

"Pangkalan berkenaan adalah antara kem yang mempunyai jumlah pengundi paling ramai di negara ini," katanya di sini hari ini.

Calon Parlimen Besut daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Idris Jusoh, Dr Riduan Mohamad Nor (PAS) dan Datuk Ir Wan Nazari Wan Jusoh daripada PKR turut hadir meninjau proses pengundian berkenaan.

Berita Harian X