Rabu, 9 Mei 2018 | 9:17am
CALON BN Parlimen Bukit Bintang, Ann Tan Ean Ean selesai mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Kai, Jalan Raja Chulan.

Calon BN tiba di pusat mengundi Parlimen Bukit Bintang

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bukit Bintang, Ann Tan Ean Ean, tiba di pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Kai, Jalan Raja Chulan, di sini, jam 8 pagi tadi.

Beliau yang berkemeja putih kemudian menyertai pengundi lain beratur bagi menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tinjauan BH mendapati, pengundi mula beratur di hadapan sekolah ini sejak jam 7 pagi tadi walaupun pusat mengundi hanya dibuka pada jam 8 pagi.

Proses pengundian setakat ini berjalan lancar.

Parlimen Bukit Bintang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN dengan calon DAP yang juga penyandang kerusi itu, Fong Kui Lun, danKhairul Husni Othman daripada Penang Front Party (PFP).

Pada PRU Ke-13 (PRU-13), Kui Lun menang dengan majoriti 19,399 undi, menewaskan calon BN, Franklin Gan Joon Zin.

Berita Harian X