Rabu, 9 Mei 2018 | 9:17pm
Larry Sng Wei Shien

Calon Bebas menang kerusi Parlimen Julau

KUALA LUMPUR: Keputusan rasmi setakat jam 8.40 malam tadi, seorang calon Bebas disahkan memenangi kerusi Parlimen Julau, Sarawak, dalam pertandingan satu lawan satu.

Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien menewaskan calon Barisan Nasional (BN) yang menyandang kerusi itu, Datuk Joseph Salang Gandum, dengan majoriti 1,931 undi.

Wei Shien yang juga bekas Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP), berjaya meraih 10,105 undi, manakala Salang mendapat 8,174 undi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Salang menang kerusi Parlimen itu dengan majoriti 5,955 undi, mengalahkan Wong anak Judat yang bertanding atas tiket SWP dan Wong Hong Yu (PKR).

Berita Harian X