Khamis, 10 Mei 2018 | 1:58pm

UPKO bentuk pakatan dengan Warisan

KOTA KINABALU: Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) bertindak keluar daripada Barisan Nasional (BN) untuk bekerja sama dengan Parti Warisan Sabah untuk membentuk kerajaan negeri.

Perkara itu diumumkan pemangku Presiden UPKO, Datuk Madius Tangau pada sidang media di Hotel Magellan Sutera, Kota Kinabalu sebentar tadi.

Beliau kemudian ke Istana Negeri untuk menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, bagi memaklumkan keputusan UPKO untuk membentuk pakatan dengan Parti Warisan Sabah.

PEMANGKU Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau (duduk tengah) semasa sidang media, di Magellan Sutera Kota Kinabalu. - Foto Malai Rosmah Tuah
Berita Harian X