Selasa, 12 Jun 2018 | 12:28pm

PBB, PRS, PDP, SUPP keluar BN, bentuk GPS

KETUA Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg (tengah) mengangkat tangan bersama Parti Komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) selepas mesyuarat khas di Ibu Pejabat PBB, di Jalan Bako, di Kuching, sebentar tadi. - Foto Nadim Bokhari

KUCHING: Empat parti tempatan Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratik Progresif Sarawak kini membentuk pakatan yang dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Penubuhan GPS diumumkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, selepas mesyuarat khas di Ibu Pejabat PBB, di Jalan Bako, di sini, sebentar tadi.

GPS akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan terutamanya dalam hal berkaitan Sarawak.

Bagaimanapun, GPS tidak akan menyertai gabungan bersama Pakatan Harapan dan akan kekal sebagai pembangkang.

KETUA Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg. - Foto Nadim Bokhari
Berita Harian X