Ahad, 17 Jun 2018 | 11:20am

KJ tanding Presiden UMNO

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, bakal menawarkan diri bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti itu akhir bulan ini.

Ahli Parlimen Rembau itu dijangka menyerahkan borang pencalonan petang ini sebelum tempoh pencalonan ditutup jam 5 petang ini. Perkara itu disahkan EXCO Pemuda yang enggan dikenali.

"KJ akan tanding presiden," katanya ringkas.

KHAIRY Jamaluddin sebentar tadi mengesahkan pencalonannya untuk bertanding jawatan presiden.

Khairy dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Semalam Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li, menawarkan diri bertanding jawatan sama selepas meneliti kedudukan UMNO dan memperhalusi implikasi terhadap keputusan itu terutama mengenai perkara berkaitan soal kepemimpinan.

Langkah Khairy itu menjadikan jawatan Presiden UMNO bakal menyaksikan persaingan antara beliau, Ku Li dan pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid.

Di samping itu, blogger, Rahmat Azim Abdul Aziz turut menyatakan hasrat sama dan sudah mengemukakan borang pencalonan.

KHAIRY Jamaluddin sebentar tadi mengesahkan pencalonannya untuk bertanding jawatan presiden.

KETUA Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. - Foto Muhammad Asyraf Sawal
Berita Harian X