Ahad, 24 Jun 2018 | 11:42am
DATUK Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - Foto Rosela Ismail
DATUK Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - Foto Rosela Ismail

Asyraf Wajdi Dusuki bakal Ketua Pemuda UMNO?

KUALA LUMPUR: Keputusan tidak rasmi pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO menyaksikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendahului calon lain.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam status terbaharu yang dimuatnaik di Facebooknya hari ini mendakwa, beliau sudah memperoleh 73 undi.

Ia diikuti Senator Khairul Azwan Harun yang memperoleh 58 undi, manakala Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd. Shahar Abdullah dengan 56 undi.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos pula hanya memperoleh dua undi.

Asyraf Wajdi mendakwa, ketika ini hanya tinggal dua undi dari bahagian Kelana Jaya dan Kapar yang masih belum membuat keputusan.

Secara keseluruhannya, terdapat 191 bahagian yang akan membuat pemilihan.

Pemilihan jawatan bagi sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri berlangsung di 191 bahagian UMNO semalam dan hari ini.

Berita Harian X