Rabu, 18 Julai 2018 | 8:42pm
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian diiringi Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani (tiga dari kanan), Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal (dua dari kanan), Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim (lima dari kanan) dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Datuk Amiruddin Abdul Sattar (lima dari kiri) bergambar bersama wakil Baitus Solehah (dua dari kiri), wakil Persatuan Autistik Islam Johor Bahru (empat dari kanan) dan wakil Yayasan Orang Buta Malaysia yang menerima replika cek sumbangan ketika Majlis Perasmian Menara Wad Baharu Hospital Pakar KPJ Johor di Hospital Pakar KPJ Johor, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

Johor yakin tepati janji manifesto

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri yakin dapat menepati janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam tempoh 100 hari pemerintahan.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, berkata sehingga kini, prestasi pelaksanaan manifesto berada pada tahap 85 peratus.

"Kami sudah laksanakan pemberian bantuan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) dengan pelajar peringkat ijazah menerima RM1,000 manakala diploma, RM500.

"Selain itu, jawatan Menteri Besar Johor tidak lebih daripada dua penggal, hapuskan kuota menegak kerajaan dan kuota politik permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

"Sekarang, semua permohonan akan dilayan tanpa mengira penyokong parti politik dan sekiranya layak, mereka akan menerima rumah berkenaan," katanya pada sidang media selepas melancarkan Menara Baru KPJ Johor Specialist Hospital, di sini, hari ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian diiringi Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani (kanan) dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim (dua dari kanan) melawat wad baharu ketika Majlis Perasmian Menara Wad Baharu Hospital Pakar KPJ Johor di Hospital Pakar KPJ Johor, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani; Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal.

Osman berkata, kerajaan negeri masih memperhalusi pemberian kad sihat sebanyak RM500 kepada kira-kira 360,000 penerima dalam kategori B40.

Katanya, pemberian 10 meter padu air percuma juga akan dilaksanakan tidak lama lagi, selain perkahwinan berkelompok kepada lelaki dan wanita bujang.

"Kerajaan Johor akan melancarkan logo dan moto, Bangsa Johor Bestari dan Berprestasi Tinggi 2019-2030 merangkumi lapan teras utama.

"Saya masih mengumpul semua data dan membawa rancangan ini ke mesyuarat EXCO, ia akan diumumkan tidak lama lagi.

"Berilah kami masa, kerajaan baru memerintah lebih dua bulan," katanya.

Berita Harian X