Ahad, 29 Julai 2018 | 7:57pm
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli berucap ketika majlis pimpinan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pengumuman keputusan bertanding pimpinan tertinggi Timbalan Presiden Keadilan di Hotel De Palma. - Foto Hafiz Sohaimi

Nurul Izzah pertahan jawatan - Rafizi

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, akan mempertahankan jawatannya menjelang pemilihan kepemimpinan tertinggi parti November ini.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata keputusan itu disuarakan Nurul Izzah dalam satu pertemuan bagi membincangkan pelbagai perkara termasuk proses pemilihan parti, minggu lalu.

Rafizi bagaimanapun berkata, keputusan muktamad dan butiran lanjut berhubung perkara itu seeloknya diajukan kepada empunya diri.

"Nurul, saya ada duduk berbincang. Beliau tahu kita nak umum (tanding Timbalan Presiden dan senaraikan ahli Majlis Pimpinan Pusat).

"Bagaimanapun, untuk (keputusan bertanding) Naib Presiden, saya tidak boleh dahului (Nurul Izzah).

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli (tengah) bersama barisan calon majlis pimpinan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hotel De Palma ketika pengumum keputusan bertanding pimpinan tertinggi Timbalan Presiden Keadilan. - Foto Hafiz Sohaimi

"Kalau saya tidak berbincang dengan beliau, saya tidak akan kata apa-apa. Bagi mengelak salah lapor, baik tanya beliau sendiri," katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, Rafizi mengumumkan 18 barisan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang menyebelahi 'Kem Reformasi 20 Tahun' menjelang proses pencalonan mulai minggu depan dan dijangka ditutup pada 5 Ogos ini.

Nurul Izzah sebelum ini dilaporkan masih 'mengunci mulut' berhubung percaturan dirinya menjelang pemilihan PKR, sebaliknya menyifatkan keputusan berkenaan tidak perlu dibuat dalam keadaan terburu-buru.

Berita Harian X